SeminitResepi

Brownies Pod



Bahan-bahan

Bahan-bahan pod

  • 110 gram unsalted butter
  • 250 gram tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 120 gram gula
  • 1/2 tsp soda
  • 1/8 tsp cinnamon
  • 1/8 tsp nutmeg
  • Sedikit garam

Bahan-bahan brownies

  • 100 gram coklat
  • 35 gram unsalted butter
  • 40 gram gula perang
  • 1 biji telur
  • 25 gram tepung
  • 1/2 tsp baking powder
  • 7 gram koko
  • Asen vanila
  • Kepingan badam

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Untuk membuat cookies pod, pukul butter dan gula hingga sebati, kemudian masukkan telur dan kacau rata.

  •  Langkah 2

    Masukkan bahan2 lain dan kacau hingga sebati.

  •  Langkah 3

    Amek sedikit adunan dan masukkan kedalam loyang muffin yang kecil.

  •  Langkah 4

    Tekan adunan hingga menjadi seperti pod. Rehatkan adunan sebentar.

  •  Langkah 5

    Untuk membuat brownies, cairkan coklat dan butter ke dalam microwave selama 50 saat.

  •  Langkah 6

    Dalam bekas yang lain, pukul telur dan gula perang hingga sebati.

  •  Langkah 7

    Satukan adunan telur dan coklat. Masukkan tepung, koko, asen vanila, nutmeg dan cinnamon. Kacau rata.

  •  Langkah 8

    Masukkan adunan brownies kedalam pod yang kita buat tadi.

  •  Langkah 9

    Taburkan kepingan badam sebagai hiasan. Bakar suhu 160 selama 20 minit. Sedia dihidang.