SeminitResepi

Kek Lapis Pandan



Bahan-bahan

Bahan A

  • 6 biji kuning telur
  • 70 gram minyak jagung
  • 50 gram jus pandan
  • 50 gram santan
  • 90 gram tepung gandum
  • 10 gram tepung jagung
  • Secubit garam
  • 10 gram gula kastor
  • Pewarna hijau
  • Perasa pandan

Bahan B

  • 6 biji putih telur
  • 90 gram gula kastor

Bahan C

  • 300 gram air
  • 1/2 tspn serbuk agar-agar
  • 60 gram gula kastor
  • 40 gram jus pandan
  • 25 gram butter
  • 120 gram santan
  • 35 gram tepung hun kwee
  • Pewarna hijau dan kuning

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Pukul kuning telur dan gula hingga kembang, kemudian masukkan minyak jagung, jus pandan dan santan.

  •  Langkah 2

    Kemudian masukkan sedikit pewarna hijau dan perasa pandan.

  •  Langkah 3

    Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung, kemudian masukkan kedalam adunan telur kuning. Ketepikan.

  •  Langkah 4

    Dalam bekas yg bersih,pukul putih telur dan gula hingga bertanduk. Kemudian masukkan kedalam adunan tepung tadi.

  •  Langkah 5

    Masukkan secara berperingkat. Disarankan menggunakan sudip untuk mengelakkan ‘air bubble’.

  •  Langkah 6

    Masukkan ke dalam loyang dan bakar menggunakan kaedah ‘steam bath’ selama 45 minit dan suhu 150. Bergantung kepada oven masing2.

  •  Langkah 7

    Panaskan air, serbuk agar2, gula, jus pandan dan butter sehingga butter cair.

  •  Langkah 8

    Didalam bekas yang lain, satukan tepung hun kwee dan santan. Kemudian masukkan ke dalam adunan yg dipanaskan tadi.

  •  Langkah 9

    Perasakan dengan garam dan pewarna.

  •  Langkah 10

    Apabila kek sudah sejuk, potong kepada 4 bahagian dan lapiskan dengan kaya pandan yang telah kita masak tadi. Sejukkan dan sedia dihidang