SeminitResepi

Hokkaido Chiffon Cake



Bahan-bahan

Bahan A

  • 3 biji kuning telur
  • 20 gram gula kastor
  • 40 ml minyak jagung
  • 40 ml susu segar
  • 60 gram tepung kek

Bahan B

  • 3 biji putih telur
  • 40 gram gula kastor

Bahan kastad

  • 200 ml susu segar
  • 1 1/2 tbsp kastad
  • 3 tbsp gula kastor

Bahan whipped cream

  • 1 cawan whipping cream
  • 2 sudu gula aising

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Pukul kuning telur dan gula sehingga kembang, masukkan minyak dan susu.
    Kacau sehingga rata.

  •  Langkah 2

    Ayakkan tepung dan masukkan ke dalam adunan. Kacau rata dan letak tepi (A).

  •  Langkah 3

    Pukul putih telur sehingga kembang, kemudian masukkan gula dan pukul lagi sehingga kental (B).

  •  Langkah 4

    Satukan B ke dalam A secara berperingkat. Kacau secara perlahan menggunakan spatula.

  •  Langkah 5

    Masukkan adunan ke dalam cawan kertas dan bakar suhu 140 selama 25-30 min. Bergantung kepada oven masing2.

  •  Langkah 6

    Satukan semua bahan dan masak sehingga kental dan berkilat. Sejukkan.

  •  Langkah 7

    Pukul whipping cream bersama gula sehingga kental.

  •  Langkah 8

    Satukan whipping cream dan adunan kastad.

  •  Langkah 9

    Lubangkan tengah2 cup cake yg telah siap dibakar lalu picitkan cream sehingga penuh. Simpan dalam peti sejuk. Sedia dihidang