Resepi Pulut Panggang - Seminit Resepi

Pulut Panggang



Bahan Pulut

  • 1 cawan pulut
  • 1/2 cawan santan
  • 1/4 tsp garam

Bahan inti

  • 5 tangkai cili kering*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai*
  • 1/2 tbsp udang kering*
  • 2 biji bawang merah*
  • 1/2 tsp jintan manis*
  • 1/2 tsp jintan putih*
  • 1/2 biji kelapa parut muda
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 tsp AJI-NO-MOTO
  • 1/2 tbsp garam
  • 1 tbsp gula

Cara-cara

  1. Rendam pulut 30 minit, lalu kukus hingga masak. Setelah itu, kacaukan dengan santan dan garam. Kukus lagi 5 minit. Sejukkan
  2. Kisar bahan bertanda * sehingga halus.

  3. Masukkan bahan kisar, kelapa parut dan air. Masukkan juga ajinomoto, garam dan gula.

  4. Masak dengan api perlahan sehingga kering. Sejukkan

  5. Ambil sedikit pulut kepalkan, lalu letakkan inti ditengah.

  6. Balut dengan daun pisang, lalu kuncikan dengan lidi.

  7. Pulut sedia dipanggang menggunakan air fryer atau atas api.