Untuk lebih info : https://www.promexfoods.com/
Bahan Lapisan Bawah
- 55 gram unsalted butter
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 1/4 cawan tepung kek
- 1 tbsp serbuk koko
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 biji telur
- 1/2 cawan susu segar + 1/2 tbsp cuka (buttermilk)
- Esen vanila
- Pewarna merah
- Secubit garam
- 1/2 tsp cuka + 1/2 tsp soda bikarbonat
Bahan Lapisan Atas
- 180 gram cream cheese
- 1/2 cawan gula aising
- 1 biji telur gred D
- Esen vanila
Cara-cara
- Satukan susu dan cuka terlebih dahulu kemudian ketepikan. (Buttermilk)
-
Cairkan butter, lalu satukan dengan gula kastor. Pukul sebentar. Setelah itu, masukkan telur dan whisk hingga gebu dan ringan
-
Di dalam mangkuk lain, satukan tepung kek, serbuk koko dan juga gara. Di dalam adunan buttermilk tadi, satukan juga esen vanila dan pewarna merah.
-
Masukkan tepung ke dalam adunan telur td, masukkan secara berperingkat dan berselang-selikan dengan adunan susu. (Rujuk video)
-
Akhir sekali, satukan cuka dan soda bokarbonat. Apabila berbuih, terus masukkan ke dalam bowl tadi. Kaup balik sahaja hingga rata.
-
Masukkan adunan ke dalam loyang 7 inci (tinggalkan baki 1 tbsp untuk menghias) Bakar kek suhu 150c selama 30 minit.
-
Untuk lapisan atas, satukan semua bahan dan kacau rata. Tuang kan ke atas kek yang sudah masak tadi.
-
Corakkan mengikut kreativiti anda. Bakar kek 150c atas, dan 130c bawah selama 20 minit. Sejukkan dan sedia dihidang.