Resepi Sundae Pie - Seminit Resepi

Sundae Pie



 

Bahan Crust

  • 100 gram oreo hancur
  • 30 gram unsalted butter

Bahan Krim Putih

  • 50g cream cheese
  • 100 gram whipping cream
  • 1 tbsp gula aising

Bahan Krim Coklat

  • 30 gram choc hershey
  • 70 gram whipping cream

Cara-cara

  1. Cairkan butter guna microwave, gaulkan dengan oreo hancur. Kemudian tuangkkan ke dalam loyang pie. Ratakan dan sejukkan.

  2. Untuk krim putih, kacau creamcheese dan gula aising, kemudian masukkan whipping cream. Pukul hingga kembang

  3. Tuangkan separuh ke dalam pie crust tadi. Sejukkan

  4. Untuk krim coklat, cair kan coklat dan biarkan ke suhu bilik. Pukul whipping cream separa kembang, lalu campurkan sedikit ke dalam coklat tadi. Gaul rata coklat, kemudian satukan dengan lebihan whipping cream tadi. Pukul hingga kembang

  5. Tuangkan krim coklat ke atas pie tadi. Hias ikut kreativiti anda. Sejukkan dalam freezer semalaman. Sedia dihidang