Resepi Chicken floss - Seminit Resepi

Chicken floss



Resepi : Chicken floss

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • 3 ketul dada ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • Sedikit jintan manis
  • Sedikit biji ketumbar
  • 1 tbsp cili giling
  • Gula
  • Garam
  • 2 tbsp whipping cream

Bahan Mayonis

  • 2 tbsp mayonis
  • 1 tsp susu pekat

Cara-cara

  1. Rebus ayam bersama bawang putih dan halia.

  2. Kemudian, sangai jintan manis dan biji ketumbar. Tumbuk halus.

  3. Setelah itu, masukkan ayam ke dalam bread maker anda, dan masukkan kesemua bahan lain

  4. Tekan butang jam dan biar kan mesin bekerja.

  5. Hancur2 kan guna sudu jika perlu. Ulang menu jam jika ayam belum kering.

  6. Kacau mayonis bersama susu dan sapu atas roti, kemudian celupkan ke dalam floss tadi. Sedia di makan