Resepi Sugho Klatey - Seminit Resepi

Sugho Klatey



Resepi : Sugho Klatey

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan A

  • 500 gram daging

Bahan B

  • 2 pot beras
  • 3/4 cawan kacang hijau

Bahan C

  • 5 tbsp rempah sugho
  • 15 biji bawang kecil*
  • 1 labu bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 batang serai*
  • 2 kayu manis*
  • 2 bunga lawang*
  • 500 ml santan kotak

Bahan D

  • 3/4 tin jagung manis
  • 1 biji ubi keledek
  • 1 keping nise Garam

Cara-cara

  1. Rebus daging menggunakan PC Russell Taylors dan ketepikan

  2. Dengan air rebusan daging tadi, masukkan beras dan tekan menu 'rice'.

  3. Setelah itu, masukkan pula kacang hijau. Tekan pula menu 'porridge' . Masukkan air mengikut kesesuaian.

  4. Sementara itu, gorengkan bahan yang bertanda * dan kisar halus dengan sedikit air jika perlu.

  5. Sangai rempah sugho sehingga berwap. Campurkan kesemua bahan C dan masak sehingga terbit minyak sedikit.

  6. Apabila periuk tekanan sudah siap, masukkan bahan C tadi dan juga bahan D.

  7. Tekan menu 'porridge' dan masak sehingga pekat. Sugho ini sedikit manis, jadi adjust mengikut cita rasa anda. Sedia dihidang.