Resepi Roti Bun Krim Tanpa Oven - Seminit Resepi

Roti Bun Krim Tanpa Oven



Resepi : Roti Bun Krim Tanpa Oven

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Roti

  • 290 g tepung roti
  • 165 ml susu segar
  • 35g butter
  • 1 tsp bread improver
  • 1 tsp baking powder
  • 2 tbsp gula kastor
  • 6g yis
  • Secubit garam
  • 1 biji telur

Bahan Krim

  • 3 biji kuning telur
  • 5 tbsp gula kastor
  • 2 tbps tepung kek
  • 1 cawan susu segar
  • 1 tbsp marjerin

Cara-cara

  1. Satukan susu segar yang suam dan gula kastor, kacau rata. Kemudian masukkan yis kering. Perapkan 10 minit

  2. Di dalam mangkuk bersih, satukan kesemua bahan dan ramas. Tuangkan adunan yis yang sudah kembang tadi.

  3. Uli menggunakan tangan selama 30 minit atau doh lembut dan licin. Perapkan 30 minit.

  4. Untuk buat krim, satukan kuning telur dan jugak tepung kek. Kacau rata.

  5. Kemudian masukkan gula dan esen vanilla. Kacau rata

  6. Tuangkan susu sedikit demi sedikit, lalu masak sehingga pekat.

  7. Akhir sekali, masukkan marjerin dan sejukkan.

  8. Apabila roti sudah kembang, bentukkan dan masukkan krim di tengah ( rujuk video)

  9. Masak dengan menggunakan non stick pan dengan api perlahan sehingga roti masak. Sedia dihidang