Resepi Roti Buku Lembut - Seminit Resepi

Roti Buku Lembut



Resepi : Roti Buku Lembut

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Roti

  • 290 g tepung roti
  • 165 ml air
  • 35g butter
  • 1 tsp bread improver
  • 1 tsp baking powder
  • 2 tbsp gula kastor
  • 6g yis
  • Secubit garam
  • 1 biji telur

Bahan Kaya

  • 50 gram gula melaka
  • 100 ml santan pekat
  • 1 helai daun pandan
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bread maker Russell Taylors dan tekan kan Menu no 2. Biarkan sehingga roti masak. Sejukkan

  2. Untuk membuat kaya, masakkan gula melaka dengan sedikit santan dan juga pandan.

  3. Pastikan sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.

  4. Sementara itu, kacaukan lebihan santan dengan kuning telur.

  5. Apabila gula melaka sudah cair, masukkan adunan telur tadi. Pastikan api tidak terlalu kuat untuk mengelakkan telur kita masak atau jadi 'scrumble egg'

  6. Kacau sehingga pekat, lalu perasakan dengan sedikit garam.

  7. Apabila semua sudah selesai, kaya sedia dihidang bersama roti. Selamat mencuba