Resepi Ayam Masak Ungkep - Seminit Resepi

Ayam Masak Ungkep



Resepi : Ayam Masak Ungkep

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Inti

  • 1/2 ekor ayam
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 inci halia*
  • 5 tangkai cili padi*
  • 1/2 tspn jintan putih**
  • 1/2 tspn jintan manis**
  • 1 tspn biji ketumbar
  • 3 batang serai
  • 4 helai daun limau purut

Cara-cara

  1. Kisar bahan bertanda * dan tumbuk halus bahan bertanda **.

  2. Tumiskan sehingga pecah minyak Masukkan serai yang di titik dan ayam.

  3. Tambah sedikit air dan masukkan daun limau purut.

  4. Setelah ayam hampir masak, perasakan dengan garam dan gula.

  5. Ayam ungkep sedia dihidang bersama nasi panas