Resepi Telur Masak Paprik - Seminit Resepi

Telur Masak Paprik



Resepi : Telur Masak Paprik

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • 6 biji telur
  • 2 tbsp cili kisar
  • 2 tbsp sos tiram
  • 2 tbsp sos cili
  • 1 tbsp kicap pekat
  • 1 biji bawang
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 tbsp sos ikan
  • Sedikit air
  • Jagung muda
  • Cili padi
  • Cili hidup

Cara-cara

  1. Rebus telur sehingga masak, kemudian kupas dan ketepikan

  2. Potong bawang, jagung muda dan cili. Ketepikan

  3. Di dalam kuali, goreng telur rebus dengan sedikit minyak sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan

  4. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.

  5. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos ikan. Kacau rata dan masukkan sedikit air.

  6. Apabila menggelegak, masukkan jagung muda dan bawang. Biar menggelegak seketika

  7. Carikkan daun limau purut dan masukkan cili. Perasakan sesedap rasa.

  8. Akhir sekali, masukkan telur dan biar hingga pekat. Paprik telur sedia dihidang