Resepi Ramen Shoyu Homemade - Seminit Resepi

Ramen Shoyu Homemade



Resepi :  Ramen Shoyu Homemade

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Ramen

  • 312 gram tepung roti
  • 2 Biji telur + air ( 156 gram)

Bahan Shoyu Sup

  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • Daun bawang
  • 5 biji cendawan shittake
  • 2 tbsp kicap cair
  • 1 tbsp sos ikan
  • 1 tbsp kicap pekat
  • Kiub pati ayam
  • Air secukupnya

Bahan Hiasan

  • Telur rebus
  • Daun bawang
  • Sosej

Cara-cara

  1. Dengan menggunakan mixer 5 The Baker, uli adunan roti selama 5 minit.

  2. Kemudian perapkan selama 30 minit.

  3. Setelah itu, uli kembali dalam 6 minit. Bahagi adunan kepada 4 dan dengan menggunakan attachment pastri, nipiskan adunan ( Rujuk Video cara-cara menggunakan mesin) Pastikan tabur sedikit tepung jagung supaya mee tidak melekat sesama sendiri. Ketepikan sebentar

  4. Setelah itu, tumis bawang putih dan halia yang diparut berserta daun bawang.

  5. Apabila naik bau, masukkan air.

  6. Masukkan juga bahan-bahan lain dan perasakan.

  7. Celur mee tadi sebentar dan tuangkan dengan shoyu sup.

  8. Hias dan selamat dihidang kan.