Resepi Roti Kentang - Seminit Resepi

Roti Kentang



Resepi :  Roti Kentang

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Roti 

  • 230 gram tepung roti
  • 1 biji telur
  • 1 tspn bread improver
  • 1 tbsp marjerin
  • 125 gram kentang lecek
  • 1 tspn baking powder
  • 4 tbsp gula kastor
  • 70 ml air suam
  • 2 tbsp susu tepung
  • 6 gram yis kering

Bahan Kastad

  • 1 biji kuning telur
  • 1 tbsp tepung gandum
  • 100 ml susu segar
  • Esen vanila

Cara-cara

  1. Satukan air suam dengan susu tepung, kemudian tuangkan yis kering. Kacau rata dan biarkan seketika

  2. Di dalam bowl bersih, satukan kesemua bahan lain. Uli sehingga menjadi bread crumb.

  3. Apabila adunan yis sudah kembang, masukkan ke dalam bowl. Uli selama 10 minit jika menggunakan mixer.

  4. Perapkan adunan selama 30 minit, kemudian uli lagi 10 minit.

  5. Apabila adunan sudah kembang, bulat-bulatkan doh dan susun ke dalam loyang. Perapkan sehingga kembang.

  6. Sementara itu, buat adunan kastad. Satukan kesemua bahan dan masak sehingga pekat.

  7. Sapukan kuning telur ke atas doh tadi, dan paipkan dengan kastad.

  8. Bakar 160 selama 30 minit atau keperangan. Sejukkan dan sedia dihidang