Resepi Tart Buah - Seminit Resepi

Tart Buah



Resepi :  Tart Buah

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Kulit Tart

  • 125 gram buttercup
  • 50 gram gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gram gandum
  • Esen vanila

Bahan Krim Badam

  • 60 gram butter
  • 50 gram gula aising
  • 1 biji telur
  • 60 gram serbuk badam

Bahan Krim

  • 50 gram cream cheese
  • 200 gram dairy whipping cream
  • 30 gram gula aising

Bahan Krim Badam

  • Grapefruit
  • Strawberry
  • Kiwi
  • Blueberry

Cara-cara

  1. Mulakan dengan pembuatan kulit tart. Satukan buttercup dan juga gula. Kacau sebati sahaja.

  2. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.

  3. Akhir sekali masukkan tepung. Uli sehingga lembut dan sebati. Leperkan dan sejukkan sebentar untuk memudahkan letak di atas loyang.

  4. Sambil itu, siapkan krim badam. Satukan butter dan gula, kacau sehingga sedikit kembang.

  5. Kemudian masukkan telur, kacau lagi. Masukkan pula tepung. Kacau rata dan ketepikan.

  6. Potong buahan seperti di dalam video

  7. Apabila kulit sejuk, letakkan ke dalam loyang. Cucuk dengan garfu supaya kulit tidak menggelembung.

  8. Tuangkan krim badam dan bakar suhu 150c selama 30 minit.

  9. Pukul cream cheese dan gula aising terlebih dahulu, kemudian masukkan whipping cream.

  10. Pukul hingga kembang Rujuk video cara untuk hiasan. Sejukkan dan sedia dimakan