Resepi Ayam Kunyit Kedai Siam - Seminit Resepi

Ayam Kunyit Kedai Siam



Resepi :  Ayam Kunyit Kedai Siam

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Perapan Ayam

  • 1 tbsp tepung beras
  • 1 tspn serbuk kunyit
  • 1 tspn serbuk kari
  • 1 tspn serbuk cili
  • 1 tspn perasa
  • 1 tbsp susu segar
  • Dada Ayam

Bahan Lain

  • 5 batang kacang panjang
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 biji bawang besar 

Cara-cara

  1. Potong dada ayam mengikut kesukaan. Satukan kesemua bahan perapan dan gaul rata. Perap sekitar 20 minit.

  2. Setelah itu, goreng ayam menggunakan minyak yang panas sehingga ayam menjadi keperangan.

  3. Potong kacang panjang 1 inci panjang, dan hiris lobak dan potong baji bawang besar.

  4. Goreng sekejap kesemua bahan dan masukkan ayan yang sudah digoreng tadi. Gaul rata dan sedia dihidang