Resepi Mentarang Masak Lemak Cili Api - Seminit Resepi

Mentarang Masak Lemak Cili Api



Resepi :  Mentarang Masak Lemak Cili Api

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

  • 1kg mentarang
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 25 batang cili padi
  • 3 batang serai
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 asam keping
  • Rm4 santan
  • 1 batang timun
  • Sedikit air
  • Garam
  • Gula

Cara-cara

  1. Kisar halus kunyit hidup, cili padi dan bawang putih bersama sedikit minyak dan air. Kemudian tumis kan

  2. Apabila sudah pecah minyak, masukkan serai yang diketuk. Masukkan juga sedikit air

  3. Kemudian masukkan timun, biar sehingga timun hampir masak.

  4. Setelah itu, masukkan pula mentarang yang sudah dicuci bersih. Masukkan santan dan asam keping. Masukkan juga daun kunyit.

  5. Perasakan dengan garam dan gula. Sedia dihidang