Resepi Kek Hawaian Pandan- Seminit Resepi

Hawaian Pandan



Resepi :  Hawaian Pandan

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

Bahan Kek

  • 75 gram tepung kek
  • 60 gram gula
  • 2 biji telur
  • 1 tspn ovelet
  • Sedikit pandan emulco
  • Esen vanila
  • 35 ml air
  • 35 ml minyak jagung
  • Sedikit garam
  • Pewarna hijau jika perlu

Bahan Butterscotch

  • 1 cawan gula kastor
  • 1 1/2 cawan whipping cream
  • 20 gram unsalted butter
  • Sedikit garam

Bahan Topping

  • 1 cawan whipping cream
  • Butterscotch
  • Hawaian coconut
  • Daun pandan

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan kek kecuali minyak jagung ke dalam bowl. Pukul hingga kembang dan gebu. (Sekitar 5 minit)

  2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata menggunakan spatula.

  3. Bakar kek dengan loyang 8 inci. Suhu 150c selama 25 minit. Sejukkan apabila siap dibakar.

  4. Untuk membuat butterscotch, masakkan gula bersama sedikit air hingga hangus. Kemudian masukkan whipping cream dan butter. Sejukkan

  5. Apabila kek dan butterscotch sudah sejuk, pukul kan non dairy whipping cream bersama sedikit butterscotch yang sudah sejuk. Pukul hingga kembang.

  6. Lepa kan sedikit krim atas kek dan potong kek kecil-kecil(rujuk video). Kemudian paip kan krim menggunakan star nozel.

  7. Paip kan butterscotch dan tabur hawaian coconut.

  8. Hias mengikut kreativiti anda. Sejukkan dan sedia dihidang