Resepi Talam Sagu Berlapis - Seminit Resepi

Talam Sagu Berlapis



Resepi : Talam Sagu Berlapis

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

  • 30 gram sagu
  • 60 gram tepung beras
  • 20 gram tepung ubi
  • 100ml santan pekat
  • 175ml air
  • 80 gram gula
  • 2 helai pandan
  • Pewarna

Cara-cara

  1. Rebus sagu hingga masak, kemudian bilas bersih. Ketepikan.

  2. Dalam periuk bersih, satukan kesemua bahan. Kacau rata terlebih dahulu sebelum buka api. Masak seketika. (Sekitar 5 minit)

  3. Bahagikan adunan kepada 1:2:2. Untuk nisbah 1 bahagian, letakkan pandan paste. Untuk nisbah 2, letakkan sagu dan juga pewarna merah dan kuning. (Rujuk video)

  4. Laspiskan talam sehingga selesai.

  5. Kukus 5 minit bagi setiap lapisan.

  6. Sejukkan dan sedia dihidang. Selamat mencuba