Resepi Mee Hailam - Seminit Resepi

Mee Hailam



Resepi :  Mee Hailam

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 tbsp cili giling
  • 2 tbsp sos tiram
  • 3 tbsp sos cili
  • 5 tbsp kicap manis
  • Dada ayam
  • Sotong
  • Udang
  • Garam
  • Gula
  • Fishball
  • Air secukupnya
  • Lobak
  • Kubis bunga
  • Baby corn
  • Tomato ceri
  • Sawi
  • Telur
  • Mee

Cara-cara

  1. Kisar bawang besar dan juga bawang putih dengan sedikit minyak.

  2. Panas kan periuk dan masak udang sotong seketika.

  3. Kemudian angkat dan ketepikan.

  4. Tumis bahan kisar bersama cili giling hingga pecah minyak.

  5. Masukkan sos tiram, sos cili dan juga kicap.

  6. Masukkan air, ayam, lobak, kubis dan baby corn. Biarkan hingga empuk.

  7. Masukkan pula fishball dan tomato.

  8. Kemudian masukkan air tepung jagung, dan kacau rata.

  9. Perasakan. Kemudian masukkan telur.

  10. Biar hingga telur separuh masak.

  11. Akhir sekali, masukkan udang dan sotong tadi.

  12. Tuangkan kuah ke atas mee yang sudah dicelur. Selamat mencuba.