Resepi Kek Macadamia Butterscotch - Seminit Resepi

Macadamia Butterscotch



Resepi :  Macadamia Butterscotch

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

Bahan Kek

  • 75 gram tepung kek
  • 60 gram gula kastor
  • 2 biji telur
  • 1 tspn ovelet
  • 1/4 tspn baking powder
  • 35 ml air
  • 35 ml minyak jagung
  • Sedikit garam
  • Esen vanila

Bahan Caramel

  • 100 gram gula kastor
  • Sedikit air
  • 20 gram unsalted butter
  • 1 1/2 cawan whipping cream
  • Sedikit garam

Bahan Topping

  • Whipping cream
  • Macadamia
  • Caramel

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan kek kecuali minyak jagung. Pukul hingga gebu.

  2. Kemudian masukkan minyak jagung, gaul rata menggunakan spatula.

  3. Masukkan adunan ke dalam loyang 8 inci. Bakar suhu 150 selama 20 minit.

  4. Sejukkan apabila kek sudah masak.

  5. Dalam periuk bersih, masakkan gula kastor dengan sedikit air sehingga hangus.

  6. Kemudian masukkan butter dan juga whipping cream.

  7. Masukkan juga sedikit garam jika inginkan sedikit kemasinan. Sejukkan.

  8. Masak macadamia bersama sedikit caramel. Ketepikan.

  9. Pukul non dairy whipping cream bersama caramel yang sudah sejuk hingga kembang.

  10. Sediakan kek seperti di dalam video. Sejukkan dan sedia dihidang.