Resepi Nasi Kerabu - Seminit Resepi

Nasi Kerabu



Resepi : Nasi Kerabu Kaw

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

Bahan Daging Bakar

  • 1kg Daging
  • 3 biji bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • Garam
  • Gula

Bahan Sambal Tumis​

  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Segenggam cili kering
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 3 asam keping
  • 1/2 keping gula melaka
  • 4 tbsp budu
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • Garam

Bahan Sambal Kering

  • Rm1 kelapa parut muda
  • 3 ekor ikan kembung 
  • 1 biji bawang merah
  • Gula
  • Garam

Bahan Solok Lada

  • 10 batang lada gemuk
  • Rm1 kelapa muda parut
  • 3 biji bawang merah
  • Gula
  • Garam
  • Lada hitam
  • 2 ekor ikan kembung
  • 1/2 cawan santan cair

Bahan Ulaman

  • Kacang buncis
  • Bunga kantan
  • Taugeh
  • Daun kesum

Bahan Sambal

  • 5 batang cili hiup
  • 20 biji cili padi
  • 1/2 inci belacan
  • 5 ulas bawang putih
  • Gula 
  • Garam
  • 5 biji limau kasturi

Bahan Lain

  • Keropok keping
  • Nasi yang ditambah pewarna biru
    atau bunga telang
  • Telur masin

Cara-cara

  1. Kisarkan bahan perapan daging dan perap sekurangnya 2 jam. Bakar  suhu 180°C selama 25 minit. Kami Guna Philips Air Fryer untuk mudah bakar :)

  2. Untuk membuat sambal tumis, kisarkan bawang bersama cili kering. Kemudian tumis hingga pecah minyak. Masukkan pula serai dan asam keping.
    Masukkan santan dan juga budu. Perasakan dengan garam dan gula. Tambah air jika terlalu pekat.

  3. Kemudian sangaikan kelapa muda parut untuk kegunaan solok lada dan juga sambal kering.

  4. Untuk membuat sambal kering, kisar kasar isi ikan yang telah direbus bersama bahan yang lain.

  5. Lada gemuk hendak lah dibuang biji terlebih dahulu. Kisar isi ikan, bawang, kelapa sangai dan perasakan dengan gula, garam dan lada hitam. Sumbat kan bahan kisar ke dalam lada gemuk tadi. Rebus bersama sedikit santan hingga masak.

  6. Untuk membuat sambal, kisar kesemua bahan. Limau kasturi hendak lah diperah dan dibuang biji nya. Kisar bersama kulit limau untuk sambal yang lebih sedap.

  7. Nasi kerabu sedia dihidang bersama kesemua bahan yang telah kita sediakan. Selamat mencuba.