Kek Red Velvet - Seminit Resepi

Kek Red Velvet



Resepi :  Kek Red Velvet

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

Bahan Kek

  • 310 gram tepung kek
  • 15 gram serbuk koko
  • 1 tsp baking soda
  • 1 tsp garam
  • 250 gram gula kastor
  • 2 biji telur
  • 115 gram unsalted butter
  • 1 tsp red velvet emulco
  • Sedikit pewarna merah
  • 240 ml susu segar*
  • 1 tbsp cuka*
  • 1 tsp soda bikarbonat*

Bahan Creamcheese

  • 2 putih telur
  • 130 gram gula kastor
  • 200 gram unsalted butter
  • 150 cream cheese
  • Esen vanila

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur satu per satu. Pukul rata.

  2. Satukan bahan bertanda * (butter milk) dan ketepikan sebentar.

  3. Masukkan bahan kering berselang seli dengan butter milk. Ulang hingga habis.

  4. Masukkan adunan ke dalam loyang 8 inci dan bakar suhu 150 selama 30 minit.

  5. Untuk membuat cream cheese butter cream, satukan putih telur dan gula ke dalam bowl bersih. Kemudian double boil hingga gula cair.

  6. Pukul putih telur tadi hingga kembang. Kemudian masukkan butter sedikit demi sedikit. (Swiss meringue buttercream)

  7. Kemudian masukkan pula cream cheese dan esen vanila.

  8. Ambil kek yang sudah sejuk dan sapukan dengan cream cheese butter cream (refer video)

  9. Hiaskan mengikut kreativiti. Sejukkan dan sedia dihidang.