Churros - Seminit Resepi

Churros



Resepi : Churros

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

  • 100 ml susu segar
  • 20 gram butter
  • 1/2 cawan tepung kek
  • 2 biji telur
  • Esen vanila

Bahan Lain

  • Gula kastor
  • Serbuk kayu manis
  • Coklat

Cara-cara

  1. Panaskan susu segar dan butter hingga menggelegak. Kemudian masukkan esen vanila dan tepung. Kacau rata

  2. Apabila adunan sudah suam, masukkan telur satu per satu. Kacau rata.

  3. Masukkan adunan ke dalam nozel semperit dan goreng menggunakan minyak sederhana.

  4. Golekkan churros yang sudah di goreng dengan gula kastor yg digaul bersama serbuk kayu manis.

  5. Cair kan coklat bersama minyak jagung untuk celup. Selamat mencuba