Resepi Japanese Pancake - Seminit Resepi

Japanese Pancake



 

Resepi : Japanese Pancake

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

Bahan A

  • 2 biji putih telur
  • 4 tbsp gula kastor

Bahan B

  • 1 biji kuning telur
  • 1 tbsp gula kastor
  • 3 tbsp tepung kek
  • 1/2 tsp baking powder
  • 2 tbsp susu segar
  • 1 tbsp minyak jagung
  • Esen vanila

Cara-cara

  1. Satukan kuning telur dan gula. Pukul hingga kembang.

  2. Kemudian masukkan susu dan juga minyak jagung.  Kacau rata

  3. Masukkan pula tepung dan baking powder bersama esen vanila. Kacau rata, ketepikan.

  4. Dalam bowl bersih, pukul putih telur hingga bubble, masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang.

  5. Ambil sedikit adunan putih telur dan campurkan ke dalam adunan B. Kacau rata. Masukkan pula lebihan putih telur tadi. Kacau rata

  6. Paipkan adunan atas non stick pan dan masak menggunakan api perlahan.

  7. Hidangkan bersama madu atau sos kegemaran anda. Selamat mencuba.