Japanese Cotton Cheese Cake

Japanese Cotton Cheese Cake



Bahan-bahan (Loyang 7 inci)

  • 60 gram susu segar
  • 150 gram cream cheese
  • 40 gram butter
  • 65 gram tepung kek
  • 5 biji telur
  • 120 gram gula kastor
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara

  1. Asingkan putih dan kuning telur terlebih dahulu.
  2. Satukan susu segar, cream cheese dan butter ke dalam pan, panaskan hingga cair.
  3. Apabila sudah cair dan sedikit suam, masukkan kuning telur dan kacau rata.
  4. Kemudian masukkan tepung kek. Kacau rata. Masukkan sedikit esen vanila.
  5. Dalam bowl bersih, pukul putih telur dan gula sehingga medium peak
  6. Masukkan 1 senduk adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Kacau rata.
  7. Ulang balik step diatas hingga rata semua nya. Kacau menggunakan kaedah kaup balik.
  8. Bakar dengan kaedah water bath suhu 130­°C selama 1jam 30 min.
  9. Selamat mencuba.