Cotton Cake Cheese Gebu

Cotton Cake Cheese Gebu



Bahan-bahan

Bahan A

  • 3 biji kuning telur
  • 45 gram tepung kek
  • 45 gram susu segar
  • 35 gram butter
  • 1 sudu baking powder

Bahan B

  • 3 biji putih telur
  • 50 gram gula kastor
  • Esen vanila
  • Kepingan cheese

Cara Penyediaan

  1. Panaskan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung. Kacau hingga pekat.
  2. Masukkan kuning telur dan juga susu segar. Kacau sebati
  3. Dalam bekas lain, putar putih telur dan gula hingga kental. Kemudian satukan adunan putih telur dan kuning telur secara berperingkat.
  4. Tuang kan 3/4 adunan ke dalam loyang 6 inci. Kemudia lapiskan dengan kepingan cheese. Tuangkan lebihan adunan.
  5. Bakar pada suhu 145 darjah selama 35-40 minit menggunakan kaedah ‘double boiler’
  6. Sedia dihidang panas-panas. Selamat mencuba