Durian Crepe Warna Warni

Durian Crepe Warna Warni



Bahan-bahan

( Bahan inti )
  • 4tbsp susu tepung
  • 1tbspn kastad
  • 3tbsp gula kastor
  • 1 cawan air
  • 1 cawan isi durian
  • Esen vanila
  • 1 cawan whpping cream
( Bahan crepe )
  • 5tbsp tepung gandum
  • 1tbsp tepung ubi kayu
  • 1tbsp tepung ubi kentang
  • 2tbsp tepung jagung
  • 4tbsp susu tepung
  • 1tbsp tepung kastad
  • 2tbsp gula aising
  • 300ml air
  • 1biji telur
  • 2tbsp minyak jagung
  • Garam
  • Esen vanilla
  • Pewarna sesuka

Cara Penyediaan

  1. Campurkan kesemua bahan inti kecuali isi durian dan juga whipping cream. Kacau hingga pekat.
  2. Masukkan isi durian dan kacau rata. Sejukkan.
  3. Untuk buat crepe, campurkan kesemua bahan, dan kisar halus. Warnakan ikut kesukaan.
  4. Panaskan non stick pan dan letakkan sedikit minyak jagung. Masukkan sesenduk adunan dan biarkan masak.
  5. Ulang hingga kesemua crepe selesai dimasak.
  6. Putarkan whipping cream hingga gebu.
  7. Bentangkan crepe yang sudah disejukkan, dan paipkan sedikit whipping cream dan inti durian. Balutkan. Sedia dihidang sejuk.