SeminitResepi

Ayam Masak Merah Kenduri



Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • garam 
  • kunyit
  • tepung beras

Bahan kisar

  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 cawan cili kisar

Bahan tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 5 biji halba
  • 2 batang serai
  • minyak 
  • 2 tbsp minyak sapi
  • 2 helai daun pandan
  • 2 tbsp santan
  • 1/2 tin tomato puri
  • Gula melaka
  • Garam

Cara Penyediaan

  1. Gaulkan ayam bersama kunyit, garam, dan tepung jagung.

  2. Kisar halus semua bahan kisar.

  3. Didalam kuali, masukkan minyak dan juga minyak sapi. Kemudian tumiskan rempah kasar dan masukkan juga bahan kisar bersama cili kisar.

  4. Tumis hingga pecah minyak, masukkan gula dan garam. Gaul rata.

  5. Masukkan juga serai yang diketuk bersama daun pandan. Apabila semua sudah sebati, masukkan pula tomato puri dan sedikit air.

  6. Masukkan santan dan kacau rata. Apabila semua sudah cukup, masukkan ayam dan masak sebentar.

  7. Sedia dihidang bersama nasi panas.