SeminitResepi

Brownies Bite



Bahan-bahan

  • 100 gram coklat
  • 35 gram butter
  • 1 biji telur
  • 30 gram gula perang
  • 25 gram tepung kek
  • 7 gram serbuk koko
  • Sedikit garam
  • Sedikit esen vanila

Cara penyediaan

  •  Langkah 1

    Pukul telur dan gula hingga larut. Masukkan tepung dan koko serta garam dan sedikit esen vanila. Kacau rata. Ketepikan.

  •  Langkah 2

    Satukan coklat dan butter, kemudian cairkan.

  •  Langkah 3

    Satukan adunan tepung dan coklat. Kacau rata.

  •  Langkah 4

    Paipkan ke dalam cupcake paper. Taburkan kacang jika suka.

  •  Langkah 5

    Bakar suhu 145 selama 10-15 minit. Sedia dihidang.