SeminitResepi

Ketam Masak Lemak



Bahan-bahan

  • 10 biji cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 ekor ketam
  • 700 ml santan
  • Tomato
  • Air limau nipis
  • Cili hidup
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Daun kunyit

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Kisar halus kunyit dan cili padi, kemudian masukkan kedalam kuali.

  •  Langkah 2

    Apabila sudah menggelegak, masukkan santan dan kacau hingga mereneh.

  •  Langkah 3

    Masukkan ketam dah tunggu hingga masak.

  •  Langkah 4

    Masukkan tomato, daun kunyit dan cili hidup.

  •  Langkah 5

    Perasakan dengan garam dan ajinamoto. Sedia dihidang bersama nasi panas