SeminitResepi

Nasi Kerabu



Bahan-bahan

Bahan-bahan daging bakar

  • 1/2kg daging
  • 3 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 3 btg serai
  • 2 inci halia
  • 1 tspn sebuk kunyit
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan sambal kelapa

  • 5 sudu kelapa parut disangai
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ekor ikan kembung direbus
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan nasi biru

  • 3 cawan beras
  • Sedikit pewarna biru
  • Air secukupnya

Bahan-bahan solok lada

  • 3 sudu kelapa parut disangai
  • 3 biji bawang merah
  • 1 tbsp lada hitam
  • Garam
  • Gula
  • 2 ekor ikan kembung mentah
  • 7 biji cili hidup
  • 1 cawan santan

Bahan-bahan kuah tumis

  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • Segenggam cili kering
  • 2 batang serai
  • 3 asam keping
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 sudu budu
  • 1/4 cawan gula melaka
  • Garam

Cara Membuat

  •  Langkah 1
    Kisarkan semua bahan dan perapkan daging selama 2 jam.
  •  Langkah 2

    Bakar daging selama 1 jam suhu 140 mengikut oven masing-masing.

  •  Langkah 3

    Sangaikan kelapa muda tanpa minyak sehingga menjadi perang.

  •  Langkah 4

    Tumbuk lumat kesemua bahan dan perasakan dengan gula dan garam.

  •  Langkah 5

    Perisikan ikan kembung mentah dan tumbuk kesemua bahan.

  •  Langkah 6

    Sumbatkan bahan mentah kedalam lada hijau yang telah dibuang biji.

  •  Langkah 7

    Alaskan periuk dengan kacang panjang supaya lada tidak hangit semasa msrebus.

  •  Langkah 8

    Masukkan santan dan biarkan sehingga solok lada masak sepenuhnya.

  •  Langkah 9

    Kisarkan bawang besar, bawang merah dan cili kering.

  •  Langkah 10

    Tumis bahan kisar hingga separuh masak, masukkan serai dan gula melaka.

  •  Langkah 11

    Masukkan santan, asam keping dan budu. Perasakan dengan garam.