SeminitResepi

Brownies



Bahan-bahan

  • 200 g coklat masakan
  • 75 g unsalted butter
  • 40 g gula perang
  • 40 g kastor
  • 2 biji telur
  • 50 g tepung
  • 1 tspn baking powder
  • 15 g serbuk koko
  • 50 g hazelnut
  • 50 g coklat cip
  • Sedikit esen vanila

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Satukan coklat dan butter ke dalam 1 bekas, cairkan menggunakan kaedah double boiler.

  •  Langkah 2

    Masukkan telur, gula perang, gula kastor, esen vanila ke dalam bekas dan kacau rata.

  •  Langkah 3

    Satukan coklat butter yang telah dicairkan tadi ke dalam bekas adunan telur.

  •  Langkah 4

    Masukkan tepung, koko dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit.

  •  Langkah 5

    Masukkan hazelnut dan coklat cip. Kacau rata. Bakar suhu 150°C selama 45 minit bergantung kepada oven masing-masing. Sedia dihidang